Apr 1, 2011

ApriL Fo0L ... 01.apriL ...

Today is 1apriL ... ApriL Fo0L laa ... pas aku bace articAL pasaL apriL fo0L nie ... baru aKu tAw ApriL fo0L nie HARAM ! ... ermmm ... k0rang yang beragama ISLAM yang lain ... HARUS ! baCe articAL y aku k0ngsi kat baWah nie Taw ... n tEng0k SEBAB APRIL F0oL HARAM !




Haram Sambut April Fool( 1 April) | Sebab dan Fatwa Haram April Fool  


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.
Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakah april fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?
Fatwa-fatwa ke atas April Fool
Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834
Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Tragedi Berdarah 0rang Islam <April fo0L>



PADA abad ke-8 Masihi ,Sepany0l berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir 0leh penguasa Islam ..

Keadaan ini tidak disenangi 0leh g0l0ngan kafir yang berjiran dengan Sepany0l .. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi , kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya Gagal ..

Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepany0l .. Caranya mudah ..

Dengan melemahkan Iman mereka melalui serangan Pemikiran dan Budaya untuk memecahkan Perpaduan Umat Islam .. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepany0l jatuh ke tangan tentera Salib ..

Tentera Salib amat Kejam ...Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan ..Satu demi satu daerah di Sepany0l berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada ..

Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi didalam rumah untuk menyelamatkan diri .. Lalu tentera Salib membuat satu taktik Penipuan ..

Mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar daripada Sepany0l ..

Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib , maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu  keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan ..

Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan disitu termasuk g0l0ngan Islam yang masih terus bersembunyi didalam rumah ..

Ribuan Umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa bila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka , malah turut membakar kapal yang telah dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu ..

Mereka semua terkepung .. Lalu tentera Salib dengan Kejam menyerang dan membunuh kesemua Umat Islam di pelabuhan itu terMasuklah Wanita dan kanak-kanak tanpa Belas Kasihan ..

Yang kedengaran hanyalah Gema takbir diiringi Jeritan dan Tangisan .. Tiada se0rang pun penduduk Islam yang terselamat ..Granada bermandi darah !

Mayat bergelimpangan , laut yang Biru berTukar Merah .. Dan tragedi berdarah ini berlaku PADA 1 APRIL tahun 1847 Masihi dan DiKenali sebagai " THE APRIL FOOL DAY " 0leh g0l0ngan kristian ...

Seperti Sabda RASULULLAH S.A.W ..yang diriwayatkan Abu Dawud :

" Neraka Wail bagi sesiapa yang apabila bercakap lalu BERB0H0NG dengan tujuan untuk MENTERTAWAKAN pihak-pihak tertentu .. Neraka Wail lah bagi 0rang itu ! "

dah bacE ? jadi ... islam xseharusnye sambut hari APRIL FoOL nie k ...  

No comments:

Post a Comment