BestFriend,
"why we ignore each other and pretend the other person doesn't exist, but deep down,
we both know it wasn't supposed to end like this."
harini aku mimpi kau . aku mimpi Allah tarik nyawa kau . time tu kau nak belikan aku putu piring . aku nak beli tapi time tu aku sakit kepala . kat sana ramai org . so kau tolong aku . aku tunggu kau lama gile . aku penat nak menunggu so aku call kau . banyak kali jugak . sampai bila kau jawab je aku terus nak marah tapi aku terdiam sebab suara perempuan yang jawab . yang peliknya dalam mimpi aku . kau ade " kakak ". and yes . time tu akak kau yang jawab . akak kau cakap kau ada kat hospital . aku macam pelik la sbb tadi kau dengan aku . rupenya akak kau cakap kau pengsan time kat pasar malam . dlm mimpi tu kau tetiba koma . sebelum tu , dalam mimpi tu aku teringat kau penah cakap kat aku, time tu kita tengah borak borak tp tetibe kau cakap
" Bila aku dah mati, jangan datang dekat dengan mayat aku, sebab time tu tangan aku dah tak boleh nak lap airmata kau dah Sher "
time aku ingat aku mengalir air mata . and sesedar mak kau cakap kau dah meninggal . dalam mimpi tu Allah je yang tahu macam mana perasaan aku :'( cepat cepat aku paksa diri aku bangun . tak sanggup gila kalau betul betul terjadi :'( serious, aku tak sanggup langsung :'(
wei,even kita bukan lagi rapat cam dulu . and mungkin kita tak bertegur sapa macam dulu tapi aku tetap yakin. satu saat kita mesti jadi cam dulu . mungkin lama masa tu tapi aku tahu aku sanggup tunggu saat tu . Tahu tak kalau mulut aku cakap aku benci kau . aku betul betul tak bermaksud . Aku tak tahu kenapa , walaupon aku cuba yakinkan diri aku supaya benci kau tapi hati aku tak boleh . aku tetap tunggu kau . walaupon kata kata kau memang buat aku down . and sepatutnya aku benci kau gila-gila tapi aku tak boleh . aku benci sebab aku tak boleh . aku benci sebab aku lemah .
kau tahu tak ? aku tak dapat bayangkan kalau mimpi tu jadi kenyataan ? ape jadi dengan aku ? aku pernah mimpi pasal ni tapi bezanya dulu aku cite kat kau sendiri and kau bagi aku kata kata yang buat aku tenang balik . tapi sekarang aku tak mampu . dengan cara tulis blog ni je aku boleh sampaikan kat kau . aku tahu kau tak akan baca pon blog aku ni . im nobody :')
sebenarnya, aku tak pelik kalau aku mimpi kau . sebab semalam sebelum aku tidur aku teringat kan kau . ni semua sebab Lagu "Sentiasa Ada-Hujan" . aku ingat lagi lagu ni kau cakap kau akan nyanyi kat aku kalau aku nangis :'( tapi sekarang mana ? kenapa aku terpaksa dengar Noh Hujan yg nyanyi lagu ni kat aku ? kau cakap kau akan sentiasa ada ? tapi kau mana ? :'( aku selalu tunggu ayat kau cakap nak jadi BFF aku balik macam dulu tiap kali kita gaduh . aku tunggu sampai sekarang . aku tak tahu kau perasaan or tak . kali ni kita gaduh paling lama . kau ingat time kau buat aku, time aku balik PLKN . tp kau saja malas layan aku . tak nak kawan aku kononnye selama seminggu . aku macam mana time tu ? pernah tak kau bayang macam mana aku sekarang. selama ni kita tak bertegur sapa ? its really killing me bro .
Oh ye, tadi pas je aku bangun aku cepat cepat stalk twitter kau . Well, nampaknye kau tengah happy sekarang . with new bestfriend. :') tapi seriously aku cakap aku tak boleh menipu , aku rindukan kau. but you seem pretty fine without me. so ill remain hurt and continue lying saying im pretty fine without you too :')
kau dah jumpa kawan baik yang baru sebab tu kau tak rasa macam aku rasa . its okay . aku bahagia je tengok kau bahagia . dapat kawan baik yang lebih paham, dan terbaik dari aku . selama aku jadi kawan kau agaknya aku tak pernah gembira kan kau . mungkin selama ni kau cuma terpaksa layan aku . buat aku tersenyum bila aku terasa sangat sangat nak nangis . apa-apa pon terima kasih .
-BFF -
"i can't explain how much i love you my bestfriend. it's fine when you ignore me. you might busy with other feelings. The truth is i always miss us. "
"Friend,take a good care of yourself. b nice to everyone even when they b mean to you. I'm always love you. Thanks for everything."
SAHABAT. (S)ering (A)ku (H)arapkan (A)da (B)ila (A)ku (T)erjatuh
"Hidup ini tak selalunya sedih tapi tak semestinya gembira . Payah nak terangkan . Manusia memang suka layan perasaan. Cuma kadang-kadang nak sangat cerita beban yang dtanggung tapi terlalu sulit untuk dkongsi. Terlalu susah untuk digambarkan ."
"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru . Penuh ketenangan . Tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia ddalamnya. Begitulah juga dengan manusia . Riang , Ketawa tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia kehidupannya . Jika dirimu kecewa , pandanglah ke sungai . Airnya tetap mengalir walau berjuta batu menghalang . Jika dirimu sedih pandanglah ke langit , dirimu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu ."
Kadang2 Allah sengaja mencipta pertemuan,
supaya kita lebih MENGENAL erti persahabatan ..
Dan kadang2 Allah sengaja memisahkan kita dengan orang yang kita sayang,
supaya dengannya kita lebih MENGHARGAI nikmat sebuah perkenalan..
No comments:
Post a Comment