JEALOUS IS LOVE
hahaha hai semua . macam kelakar je kan aku tulis entry macamni . btw, aku tiba2 rasa bminat pulak nak cakap pasal topic ni heee TQ MR GOOGLE :)
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.
Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.
haaa ni tips dia pulak ;)
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnyatidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untukmembina keyakinan diripadanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.
No comments:
Post a Comment