Aug 19, 2012

Tragedi Malam Raya

Hai Assalamualikum ... yey! sok dah raya . so di kesempatan nak shery nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam Di Dunia :) korang raya mana ni ? wow untunglaaa masing-masing ada kampung . ;) shery jelaa yg tak untung . :/ tapi kan shery tetap happy . sebab masih diberikan peluang beraya bersama-sama keluarga tercinta . :)

btw , korang penah dengar tak perkataan "malam tak berbau" ? atau in English "Night did not smell" hihihi ok ok mungkin yg mana tak tahu akan ckp ada selama ini "apa selama ni setiap malam ada bau bau ke ?" hihi bukanlah ... malam tak  berbau ni macam perkara yg tak dingin berlaku tanpa kita tahu masanya . lebih kurang mcm tulah . hmmm mlm ni aku tulis entry ni bukanlah sebab nak bagi maksud apa itu malam tak berbau . tapi aku nak cerita Tragedi yg di alami oleh aku dan keluarga sendiri pada malam raya iaitu hari ini . =='

ok cerita dia macam ni , nak di pendekkan cerita . kitaorang memang selak lah nak main bunga api . Nak bila bunga api yg besar tu Mercun Merdeka *gelaran aku sendiri hihi* .  mercun lt bawah ni haa .




 yelaa dah lama kot tak main mercun tu . last main time kat Pekann . Tadi kitaorang main time sebelom orang umum esok raya . time tu aku baru je pas mandi . aku dah cakap kat akak aku . "lepak dulu , tunggu lah aku , baru main " akak aku cakap okay then aku dengan rasa leganya naiklah atas . tengah aku duk keringkan rambut aku dengar bunyi mercun kuat sanggat . aku syak mesti kat umah aku yg main ni . sepantas kilat aku berlari nak tengok semata-mata . bengang gila aku nk tengok tapi time tu dah nak habis hihihi haihhh nasib aku disejukkan hati dengan berita adik aku cakap "relax , ada lagi yg besor tu tp main kul12 karanglah pulak " okayy aku tak sabar ...

tibalah saat yg dinanti-nantikan , aku mengelepor lah keluar rumah nak tengok dorang bakar mercun tu kan . aku panggil akak akak aku semua , termasuklah mak aku . bukan apa tadi time kul8lebih mak aku ada cakap mananya bunga api tu  ? hehehe time kul11lbh tu kitaorang nak main mak cakap . tak payahlah main . bahaya , bising n dah tengah malam ni kan . macam macamlah mak cakap supaya jangan main . tapi kitaorang langsung tak dengar mak cakap . kitaorang main jugak ,...

start lah abang ipar aku bakar mercun tu . perhhh das pertama dia meletup suka sangat lah kitaorang . tapi aku terpikir jugak . kenapa mercun tu taler betol betul ke atap uma kenapa tak kat atas langit betol tapi seronok punya pasal kitaorang layan je .

"pooo poooo" tiba aku dengar akak aku yang sorang menjerit aku pandanglah rupanya bunga api tu taler ke kitaorang . bunga api tu macam kejar kitaorang . kitaorang pon semua berlari nak cepat cepat masuk rumah . tapi serius k tak tipu time mercun tu cam kejar kitaorang yang peliknya boleh pulak tu kitaorang mengelak . hehehe aku dah masuk tapi sumpah aku nampak mercun tu mula mula nak masuk dalam rumah , tapi  kitaorang sempat tutup pintu . pastu aku nampak mercun tu macam pusing nak masuk rumah jugak tapi nak masuk ikot tingkap . nasib akak aku sempat tutup tingkap . aku yang dalam rumah tu nampak jelas sangat mercun tu macam terbakar sebab dia jatuh kat plastik .. Dalam masa tu jugak aku yg dalam ketakutan dan tak tahu buat apa apa hanya fikir satu je "Ya Allah lindungi kami sekeluarga , jgn ambil nyawa kami lg jgn lah terbakar .  " macam macam dalam fikiran . dalam masa tu aku baru sedar yg dorang semua duk jerit jerit nama adik aku yg bongsu tu suruh masuk cepat cepat . sebab kat luar tu , yang tak sempat nak masuk . abang ipar aku dan adik bongsu aku . Alhamdulillah abg ipar aku cekalkan hati tuk angkat balik kotak mercun tu supaya taler ke langit . sebab kalau abang ipar aku tak buat cam tu  . memang rumah aku bagai diserang roket . memang terbakarlah . :(

Ya Allah kitaorang bersyukur sebab semuanya selamat . kita orang dilindungi yang Maha Berkuasa . SEbab aku memang nampak tadi sepatutnya memang terbakar . tapi bila kita orang check je kat luar tak ada apa apa pon . kecuali mesin basuh baru mak sedikit hodoh hehe cam kesan terbakar lah . Tak kisah lah semua tu yang penting seluruh keluarga aku selamat . Aku bersyukur . Disebabkan ini aku yakin dan pasti mak aku memang tak akan bagi kebenaran dah kitaorang main mercun yang berat berat kecuali Bunga api yg kecek tu , n MERCUN BAWANG . n seriusly kami pon dah trauma kot ngan kejadian hari ni .  Inilah akibatnya kalau tak dengar nasihat MAK . bila mak kita cakap jangan maka jangan lah . mungkin mak dah dapat rasa . manalah tahu kan ? :'(

Sebenarnya ini  kali kedua keluarga aku alami ni . dulu akak aku yg num8 penah kena bunga api time dia kecek kecek dulu . sampai sekarang ada parut kat leher dia . sejak peristiwa tu waktu aku kecek kecek . mana boleh kitaorang main bunga api . time kitaorang besar lah baru boleh main itu pon sebab dah pandai melawan . ishhh tak baik betul laaa . :/

Sejak kejadian harini . bila dengar je bunyi mercun kat luar jantung aku dup dap dup dap . bukan apa terus teringat kejadian tadi . SERIUS malam raya yang sentiasa akan di ingati ! hummm Macam macam kitaorang kena leter dengan mak . dah lah ada mak sedara time tu . hehe time mak berleter tu makcik aku dan dan cakap k la cik * balik dulu ,. takot mak awak tgh mengamuk . hihihihih

okaylah korang moral value for this story .

Please korang jangan main bunga api lagi kayy . takot korang jadi perkara sama dengan aku . korang nak tahu lagi tak , aku rasa kalau tadi mercun sempat masuk dalam rumah n abang ipar aku tak ambik risiko betol kan mercun tu . kiita orang mungkin dah ____________ . .......emmm

tengok picture ni hihi Pringatan tauuu


Ya Allah Ya tuhanku . hamba bersyukur kerana masih berpeluang bernafas dan merasai bulan Syawal . Ya Allah terima kasih yang tak terhingga sebab kau telah lindungi hamba sekeluarga daripada bencana . Ya Allah Hamba bersyukur . Ya Allah semoga engkau lindungi orang-orang yang hamba sayang iaitu keluargaku ,para sahabat ku dari segala bencana . panjangkan usia kami Ya Allah . Dan matikan kami disaat kami sedang beriman kepadaMu . AMIN :')

No comments:

Post a Comment